Suara yang tidak kedengaran. Saya titipkan puisi ini berdasarkan titipan asal saya bertanggal 28.02.2008. Hari ini saya beri nafas baru sebagai bekalan kita untuk berjuang di Permatang Pauh.
Perjuangan di Permatang Pauh bukan untuk dan bukan juga kerana Anwar Ibrahim.
Perjuangan di Permatang Pauh adalah “Amanah Demi Memartabatkan Kedaulatan Agama, Bangsa, Rakyat dan Negara”.
Anwar Ibrahim hanyalah pemangkin dan peneroka kepada perjuangan rakyat ke arah Malaysia yang Adil, Makmur, Aman, Selamat dan Sejahtera.
Demi memperjuangkan kesejahteraan rakyat, Anwar Ibrahim terpaksa merengkok di Penjara Sungai Buluh. Setelah enam tahun terpenjara, Anwar bebas dan meneruskan perjuangannya. Berbekalkan semangat juang yang mampan bersama RAKYAT, kezaliman dan pengkhianatan UMNO terus diburu dan wajib dikafankan.
Sekarang adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, kemakmuran, keamanan, keselamatan dan kesejateraan hidup untuk membantu dan meneruskan perjuangan murni dan ikhlas Anwar Ibrahim. Perjuangan Anwar Ibrahim adalah “PERJUANGAN RAKYAT”. Kemenangan Anwar Ibrahim adalah “KEMENANGAN RAKYAT”
Suara yang tidak kedengaran
Suara yang tidak kedengaran. Selagi mampu ku pendam. Memberontak dalam diam. Dalam sepi hati ku berkata.
Aku ditipu, dinafikan. Aku dimalu, difitnahkan.
Hak bangsa ku dicuri, dihamburkan. Hak bangsa ku dicicir, dimusnahkan. Hak bangsa ku digadai, dilupuskan.
Agama ku dipermudah, dipermainkan. Agama ku diremeh, dirobak-rabikkan.
UMNO dan Barisan Nasional, Kami membenci kau secara total, Kau menipu dan cakap berpintal, Hujah kau macam orang sakit mental.
50 tahun lamanya kepada kau ku gantung harapan. 50 tahun lamanya kepada kau sanjungan ku berikan.
Kau hancurkan segala harapan. Kau musnahkan segala sanjungan.
Kini aku bangkit menentang, Bersama rakyat yang telah kau aibkan, Akan kami tuntut hak kami dikembalikan.
Harapan kami bukan kepada kau lagi. Sanjungan kami tidak untuk kau lagi. Undi kami jangan kau tagih lagi.
Dengan kebesaran dan kekuasaan Mu wahai ALLAH. Dengan rahmat dan keizinan Mu wahai ALLAH.
Kami mohon dan bermunajat kepada Mu wahai ALLAH. “Wahai Maha Pencipta dan Penguasa seluruh alam ini. Gagalkanlah cita-cita zalim Barisan Nasional untuk memenangi pilihanraya kecil di Permatang Pauh”.
Amin Ya Rabbal Alamin. http://www.kerajaanrakyat.com/
Menyedari gesaan al-Quran yang bermaksud "tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan islah sekuat daya kami"
Dan berilhamkan tradisi budaya-budaya Asia yang keseluruhannya menganjurkan pembaharuan diri dan masyarakat; Dan menginsafi bahawa Malaysia kini dicengkam kemelut yang dahsyat dan memerlukan kekuatan dalaman untuk bangun semula; Maka kami rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama bertekat untuk melancarkan gerakan reformasi yang menyeluruh:
Gerakan reformasi yang terpancar perjuangan hati nurani,dari kesedaran bahawa sesungguhnya diri manusia itu mulia dan merdeka, mempunyai hak dan tanggungjawab, diri manusia haram dizalimi dan diaibkan, haram di belenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil;
Gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin; membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah;
Gerakan reformasi untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi. Demokrasi itu satu kemestian, kerana semangat keadilan yang ada dalam diri manusia membolehkan demokrasi dilaksana, tetapi kecenderungan manusia untuk berlaku zalim menjadikan demokrasi satu kewajipan;
Gerakan reformasi untuk memperjuangkan keadilan ekonomi,menjana pertumbuhan dan pengagihan yang saksama, jangan yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana. Dunia ini mencukupi untuk keperluan semua, tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan individu;
Gerakan reformasi untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa, mengikis manipulasi pasaran oleh segelintir golongan rakus dan mahakaya;
Gerakan reformasi untuk memperkukuhkan jayadiri budaya yang dinamis, setia kepada warisan bangsa yang murni dan terbuka kepada segala yang baik dari semua budaya;
Gerakan reformasi untuk membawa bangsa Malaysia ke zaman maklumat dan dunia tanpa sempadan, menjana kebijaksanaan, keyakinan dan keterbukaan untuk menjalin persahabatan sejagat berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan.
Kami akan menggerakkan reformasi ini dengan aman, mengikut semangat perlembagaan dan bernafaskan prinsip pemerintahan undang-undang.
2 comments:
assalamualaikum
tahniah sebab amk lenggong ada blog... saya ni asal orang kampong bor.. n ada suku sakat kat kampung chain..
berkhidmat sebagai penulis tamu di laman www.marhaen.ngepeng.com & dan merupakan ahli keADILan.
Insya Allah sebagai orang lenggong saya akan berusaha untuk memberikan sedikit sebanyak sumbangan sekadar yang termampu...
Kerana saya suka menulis artikel pro rakyat, maka saya berharap blog ini akan ada artikel artikel yang bermanfaat untuk dikongsi bersama kita.
Sekadar itu dulu, apa2hal hubungi saya di adilmalaysia@gmail.com
Suara yang tidak kedengaran.
Saya titipkan puisi ini berdasarkan titipan asal saya bertanggal 28.02.2008. Hari ini saya beri nafas baru sebagai bekalan kita untuk berjuang di Permatang Pauh.
Perjuangan di Permatang Pauh bukan untuk dan bukan juga kerana Anwar Ibrahim.
Perjuangan di Permatang Pauh adalah “Amanah Demi Memartabatkan Kedaulatan Agama, Bangsa, Rakyat dan Negara”.
Anwar Ibrahim hanyalah pemangkin dan peneroka kepada perjuangan rakyat ke arah Malaysia yang Adil, Makmur, Aman, Selamat dan Sejahtera.
Demi memperjuangkan kesejahteraan rakyat, Anwar Ibrahim terpaksa merengkok di Penjara Sungai Buluh. Setelah enam tahun terpenjara, Anwar bebas dan meneruskan perjuangannya. Berbekalkan semangat juang yang mampan bersama RAKYAT, kezaliman dan pengkhianatan UMNO terus diburu dan wajib dikafankan.
Sekarang adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, kemakmuran, keamanan, keselamatan dan kesejateraan hidup untuk membantu dan meneruskan perjuangan murni dan ikhlas Anwar Ibrahim.
Perjuangan Anwar Ibrahim adalah “PERJUANGAN RAKYAT”.
Kemenangan Anwar Ibrahim adalah “KEMENANGAN RAKYAT”
Suara yang tidak kedengaran
Suara yang tidak kedengaran.
Selagi mampu ku pendam.
Memberontak dalam diam.
Dalam sepi hati ku berkata.
Aku ditipu, dinafikan.
Aku dimalu, difitnahkan.
Hak bangsa ku dicuri, dihamburkan.
Hak bangsa ku dicicir, dimusnahkan.
Hak bangsa ku digadai, dilupuskan.
Agama ku dipermudah, dipermainkan.
Agama ku diremeh, dirobak-rabikkan.
UMNO dan Barisan Nasional,
Kami membenci kau secara total,
Kau menipu dan cakap berpintal,
Hujah kau macam orang sakit mental.
50 tahun lamanya kepada kau ku gantung harapan.
50 tahun lamanya kepada kau sanjungan ku berikan.
Kau hancurkan segala harapan.
Kau musnahkan segala sanjungan.
Kini aku bangkit menentang,
Bersama rakyat yang telah kau aibkan,
Akan kami tuntut hak kami dikembalikan.
Harapan kami bukan kepada kau lagi.
Sanjungan kami tidak untuk kau lagi.
Undi kami jangan kau tagih lagi.
Wahai ALLAH, kami mohon pertunjuk MU.
Wahai ALLAH, kami mohon bantuan MU.
Wahai ALLAH, kami mohon keredhaan MU.
Dengan kebesaran dan kekuasaan Mu wahai ALLAH.
Dengan rahmat dan keizinan Mu wahai ALLAH.
Kami mohon dan bermunajat kepada Mu wahai ALLAH.
“Wahai Maha Pencipta dan Penguasa seluruh alam ini.
Gagalkanlah cita-cita zalim Barisan Nasional untuk
memenangi pilihanraya kecil di Permatang Pauh”.
Amin Ya Rabbal Alamin.
http://www.kerajaanrakyat.com/
Post a Comment